2 termasuk pelatih Pulapol didakwa - Utusan Malaysia

2 termasuk pelatih Pulapol didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang yang sempat menjadi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching di Sarawak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyamun seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri awal tahun ini.

Tertuduh, Izulhelmie Ismail, 21, dan bekas pelatih tersebut, Mohd. Kasmuri Abd. Aziz, 22, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang sudah meninggal dunia ia­itu Izzuddin Ismail didakwa me­lakukan rompakan berkumpulan terhadap Syed Abdullah Syed Ali Alsagoff, 47, iaitu dua buah telefon bimbit jenama Iphone­ dan Oppo bernilai kira-kira RM4,000 menggunakan sebilah parang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan bersebelahan stesen minyak Petron, Lebuh Raya Machang, Machang kira-kira pukul 8 malam, 31 Ja­nuari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN