KUALA LUMPUR 19 Sept. – Sebanyak 18 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan Jabatan Imigresen di tiga buah hotel sekitar Puchong dan Sunway Mentari, di sini hari ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Op Gegar yang bermula pukul 8 malam semalam. “Selain mereka, turut ditahan ialah dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi tonto dan memberi maklumat kepada premis-premis yang…










