SEBERANG PERAI – 18 individu termasuk seorang wanita yang disyaki penagih dadah ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kawasan Flat Hijau, Mak Mandin, Butterworth di sini hari ini. Mereka yang ditahan dalam Op Tapis Khas selama kira-kira lima jam bermula pukul 11 pagi itu berusia antara 25 hingga 55 tahun. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor…










