SEREMBAN 7 Sept. – Polis menahan 16 lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, Nilai, Port Dickson dan Jempol dalam 11 operasi yang dilancarkan sejak 27 Ogos lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 39 tahun ditahan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri semasa melaksanakan operasi khas sehingga 4 September…










