SHAH ALAM – Lima belas lelaki maut manakala 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada warga asing dan warga tempatan. Beliau berkata tujuh mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh, empat meninggal dunia di Hospital Kajang dan empat lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital…










