15 Ahli Parlimen GPS jumpa PM, bincang isu royalti minyak dan hak Sarawak - Utusan Malaysia

15 Ahli Parlimen GPS jumpa PM, bincang isu royalti minyak dan hak Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 14 Sept. – Seramai 15 daripada 19 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir untuk mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Rombongan diketuai oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Ketua Whip GPS itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli Parlimen daripada parti berkenaan.

Menurut Fadillah, selain berkenalan, pertemuan itu turut digunakan oleh pihaknya untuk membincangkan mengenai isu pengembalian kuasa termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menaik taraf sekolah daif.

“Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri bersetuju bahawa isu berkaitan tuntutan kenaikan royalti minyak dan pengembalian hak Sarawak di bawah MA63 harus diselesaikan mengikut perjanjian sebelum ini.

“Kami turut menyatakan hasrat kerajaan Sarawak untuk membantu kerajaan Persekutuan berkenaan menaik taraf sekolah daif dengan menawarkan dana sebanyak RM1 bilion secara pinjaman atau `write off’ hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, perbincangan turut menyentuh tentang permohonan agar projek infra rakyat yang dirancang sebelum ini seperti jalan, jambatan, hospital, klinik kesihatan, projek bekalan air dan elektrik diteruskan bagi manfaat rakyat terutama luar bandar. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN