14,000 miliki lesen terbang - Utusan Malaysia

14,000 miliki lesen terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 14,000 individu yang disyaki memiliki lesen memandu terbang diberikan tempoh sebulan untuk menyerahkan kembali dokumen tidak sah tersebut atau tindakan tegas dikenakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, sekiranya mereka tidak tampil menyerahkan lesen memandu terbang itu, JPJ akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dihukum minimum RM5,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Jadi kita beri mereka peluang untuk serah balik lesen itu dan jadi saksi. Kita tahu siapa yang beli kerana dalam pangkalan data JPJ.

“Kita tahu siapa dalam senarai itu, siapa pegawai yang uruskan, tarikh bila dikeluarkan dan kepada siapa dikeluarkan. Setiap rekod ada. Kita tahu siapa terima lesen terbang itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN