SHANGHAI 1 Sept. – Seramai 127,000 orang dipindahkan dari wilayah Guangdong ekoran hujan lebat, menurut agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa sebagai berkata. Hujan yang menjejaskan lebih 1.2 juta penduduk di 27 daerah di timur Guangdong, menyebabkan dua maut manakala dua lagi hilang. Selain itu, bencana berkenaan turut mengakibatkan kerosakan lebih 1 bilion yuan (RM601.10 bilion) termasuklah 44,700 hektar kawasan pertanian. – REUTERS










