10,000 langkah kurang tekanan kerja - Utusan Malaysia

10,000 langkah kurang tekanan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 27 Sept. – Menjalankan tanggungjawab harian di pejabat atau di rumah termasuk bagi golongan wanita sudah tentu berdepan dengan tekanan dan bebanan tugas tersendiri.

Sehubungan itu, asakan tekanan berkenaan perlu diredakan antaranya menerusi aktiviti riadah serta rekreasi yang sesuai khususnya yang memberi manfaat terhadap kesihatan diri.

Menyedari kepentingan per­kara berkenaan, seramai 164 ahli Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) Jerantut menyertai Program 10,000 Langkah di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program anjuran Biro Sukan pertubuhan itu yang melibatkan penyertaan golongan wanita bekerja dalam sektor kerajaan dan isteri kalangan penjawat awam menyaksikan mereka berjalan sejauh 2.7 kilometer.

Aktiviti secara santai pada hujung minggu tersebut bermula di pekarangan Rumah Puspanita melalui laluan di Bandar Lama Jerantut dan kompleks pejabat kerajaan daerah ini.

Pengerusi Biro Sukan Puspanita, Norasiah Awang berkata, aktiviti itu bermanfaat untuk kesihatan dan secara langsung dapat mengurangkan tekanan akibat bebanan tugas harian.

“Walaupun aktiviti senamrobik dan permainan bola ja­ring kerap diadakan, Program 10,000 Langkah ini juga sesuai untuk menjaga kesihatan sekali gus mengeratkan ukhuwah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Ahli Puspanita Jerantut, Habibah Ismail berkata, aktiviti berkenaan memberi kesan kesihatan yang baik apabila cepat mengeluarkan peluh.

“Pertemuan pada hujung minggu menerusi aktiviti ini membolehkan juga kami bertukar-tukar fikiran mengenai kerja dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Puspanita Jerantut, Noor Izah Salwa Mohd. Noor berkata, program berkenaan antara sebahagian aktiviti kesihatan dan sosial yang dikendalikan biro sukan pertubuhan itu bagi mendidik ahli mengamalkan penja­gaan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini