10 juta penduduk dunia dijangka mati akibat kanser tahun ini - Utusan Malaysia

10 juta penduduk dunia dijangka mati akibat kanser tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 12 Sept. – Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) menjangkakan hampir 10 juta penduduk dunia akan meninggal dunia akibat penyakit kanser tahun ini.

Agensi itu memberi amaran kes penyakit itu terus meningkat di seluruh dunia walaupun langkah pencegahan lebih baik dan diagnos awal telah dilaksanakan.

Dianggarkan sebanyak 18.1 juta kes kanser baharu diramalkan di seluruh dunia tahun ini dengan sejumlah 9.6 juta kematian.

Jumlah berkenaan meningkat daripada anggaran 14.1 juta kes baharu dan 8.2 juta kematian yang dilaporkan menerusi penilaian agensi berkenaan enam tahun lalu.

Peningkatan tersebut berlaku berikutan pertambahan penduduk dan warga tua selain penduduk di negara membangun mengamalkan cara hidup tidak sihat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN