Zul Ariffin layan wanita Ukraine seperti kenalan biasa - Utusan Malaysia

Zul Ariffin layan wanita Ukraine seperti kenalan biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 2 Ogos – Aktor sensasi, Zul Ariffin, 32, menepis dakwaan kononnya dia meluangkan masa bercuti di Phuket, Thailand bersama seorang wanita berasal dari Ukraine pada Jun lalu.

Menurut Zul, keberadaannya di negara jiran itu bukanlah atas tujuan bercuti, sebaliknya bagi menjalani latihan seni mempertahankan diri campuran atau dikenali dengan nama seni mempertahankan diri campuran (MMA).

“Saya pergi ke sana untuk latihan acara tersebut. Pada masa yang sama, wanita berkenaan turut menyertai latihan itu di Phuket.

“Jadi, tidak timbul isu saya bercuti dengannya. Saya kenal dia di sana dan kami berkawan. Itu sahaja,” katanya yang terbabit dalam penggambaran filem Sangkar dan memerlukan dia mahir dalam MMA.

Tambah Zul, dia melayan wanita itu seperti kenalan lain yang dikenalinya di sana, tidak lebih dari itu.

“Jujurnya, saya tak menjangka wanita bernama Tanya Glembotska itu akan melukis nama saya di jarinya menggunakan inai,” tuturnya.

Zul berkata demikian sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Kak Limah yang bakal menemui penonton pada 8 Ogos hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN