Zizou macam ‘goreng pisang panas’ - Utusan Malaysia

Zizou macam ‘goreng pisang panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 23 Ogos – Juventus dikatakan bermi­nat untuk melantik ikon kelab, Zinedine Zidane sebagai pengurus mereka musim depan, menurut akhbar Sepa­nyol, EI Pais.

Memuatkan artikel berkaitan…

Legenda bola sepak Perancis itu yang meninggalkan Real Madrid pada Mei lalu selepas menjulang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut pernah mengharungi musim cemerlang ketika beraksi buat Juventus dari 1996 hingga 2001.

Menurut media Itali dan Sepanyol, Juventus mahu me­nyingkirkan Massimiliano ­Allegri pada hujung musim ini untuk membuka pintu kepada Zidane kembali ke Stadium Juventus.

Jika itu berlaku, Zidane, 46, bakal bergabung semula dengan bintang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo yang dibimbingnya ketika di Madrid.

Bagaimanapun, Juventus bukan satu-satunya gergasi Eropah yang berminat mendapatkan khidmat Zidane kerana bekas perancang utama Perancis yang terkenal dengan julukan Zizou itu turut ­diintai Manchester United.

United yang kini berdepan konflik dengan Jose Mourinho melihat Zidane sebagai calon terbaik untuk mengembalikan gergasi Liga Perdana Inggeris itu ke landasan yang betul.

Kedudukan Mourinho di Old Trafford goyah selepas Mourinho bertelagah dengan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward kerana tidak dibenarkan melakukan pembelian pemain.

Dia juga mempunyai hubu­ngan tegang dengan dua bintang kelab, Paul Pogba dan Anthony Martial.

Akhbar Britain, Mirror men­­dakwa, reputasi Zidane menggembirakan pengurusan tertinggi Uni­ted yang bersedia me­mulakan langkah untuk memancing pemenang Piala Dunia 1998 itu.

Selepas melakukan kesilapan besar menggantikan Alex Ferguson dengan jurulatih yang tidak memiliki latar belakang hebat, David Moyes pada 2013, Red De­vils tidak akan mengulangi kesilapan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN