SHAH ALAM – Masalah kekurangan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang membelenggu penduduk akan menjadi fokus utama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan esok. Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh itu berkata, masalah tersebut sering dibangkitkan penduduk setempat terutamanya golongan muda yang rata-ratanya mengeluh apabila lebih banyak rumah ‘mampu tengok’ dibina syarikat swasta. Beliau…










