KOTA BHARU 18 Ogos – Disiplin tinggi ditonjolkan barisan pemain dengan mengikut segala percaturan taktikal menjadi resepi kejayaan Kelantan menumpaskan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada aksi Piala Malaysia, Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, kelmarin. Pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah berkata, dia tetap berbangga dengan kesungguhan yang diperagakan oleh barisan pemainnya walaupun mereka tidak beraksi dengan baik. “Saya tidak tahu mana…










