MALAYSIA adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai sistem giliran dalam kalangan raja-raja Melayu yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan lima tahun sekali ini merupakan sejarah yang akan diingati setiap rakyat Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak negara. Keunikan institusi Yang di-Pertuan Agong di Malaysia sangat menarik kerana Seri Paduka satu-satunya monarki yang digilirkan dalam kalangan raja-raja Melayu. Tiada negara lain mengamalkan sistem giliran seperti dilakukan Malaysia. Perkara 39…










