JAKARTA 21 Ogos – Perenang negara Welson Sim gagal melangkah ke perlumbaan akhir 400 meter (m) gaya bebas dalam Sukan Asia 2018 di Kompleks Akuatik Gelora Bung Karno selepas menamatkan saringan ketiga di kedudukan keempat hari ini. Diletakkan bersebelahan juara dunia yang juga juara Olimpik dari China, Sun Yang, Welson mengekori rapat Sun Yang pada awal persaingan dan dilihat seperti mampu menamatkan saringan di kedudukan kedua di belakang pemenang pingat…










