TUAH berganda buat bintang skuasy negara, Low Wee Wern yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) semalam selepas tidak sampai sebulan kembali ke gelanggang kompetitif. Pemilihan tersebut berdasarkan kejayaannya meraih dua gelaran berturut-turut bulan lalu iaitu kejohanan Terbuka Malaysia 2018 dan Terbuka Tasmania 2018, sekali gus melonjakkan rankingnya daripada 184 ke-70 dunia. Lebih menakjubkan, anak jati Pulau Pinang itu turut berjaya…










