MARANG 21 Ogos – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah bas ekspres di persimpangan lampu isyarat di Kampung Rusila di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa Mohamed Embong, 66, dari Kampung Rhu Dua meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli ayam di pasar berhampiran sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha…