COX’S BAZAR 13 Ogos – Pelbagai pasukan penyiasat di kem pelarian Kutupalong, Ukhia secara diam-diam telah mengumpulkan bukti-bukti tentang penderitaan yang dialami oleh masyarakat Muslim Rohingya sejak tahun lalu. Pasukan penyiasat berkenaan terdiri daripada golongan penjawat awam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia, serta anggota sukarelawan. Mereka berharap bukti-bukti yang dikumpulkan dapat memberikan hak keadilan sewajarnya kepada golongan pelarian wanita Rohingya. “Mereka memecah masuk rumah kami. Mereka…










