GUA MUSANG 7 Ogos – Seorang penoreh getah wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Jeli, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Nordiah Juhari, 45, yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 maut ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang, manakala suaminya, Mohd. Zuha Seman, 47, mengalami pecah tempurung lutut kanan. Sementara itu, pemandu wanita…









