PASIR PUTEH 9 Ogos – Seorang suri rumah maut manakala anaknya berumur setahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di kilometer 14.2 Jalan Pasir Puteh-Semerak, Cherang Ruku, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Tang Sin Xiang, 41, turut diheret lori yang datang dari arah bertentangan itu sebelum merempuh sebuah kedai makan sehingga runtuh. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata,…










