KUALA LUMPUR – Dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kutipan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang hilang adalah tidak benar sebaliknya wang itu dikatakan berada di dalam sebuah akaun yang disatukan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan akaun berkenaan adalah di bawah arahan Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan.
“Wang itu tidak hilang kerana ia disatukan dalam satu akaun. Saya bukan Menteri Kewangan, jadi saya tidak tahu (pergerakan dana).
“Bagaimanapun, jika wang itu dibelanjakan dalam tujuan yang tidak dipatuhi undang-undang maka itu adalah satu kecurian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Terdahulu pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










