SUNGAI SIPUT 7 Julai – Kemunculan seekor anak gajah jantan berusia dua tahun yang berkeliaran di Pekan Lintang di sini sehingga hampir memasuki Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang di sini pagi tadi menggemparkan penduduk setempat. Kehadiran anak gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Sungai Piah dan terpisah daripada ibunya itu disedari pada pukul 8 pagi setelah dilihat berkeliaran tanpa arah tujuan. Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…