PASIR MAS 26 Ogos – Majlis perkahwinan orang Melayu kebiasaannya diserikan dengan persembahan silat, namun, bagi pasangan pengantin di Kampung Tong di sini, mereka mencipta kelainan dengan persembahan tarian singa. Malah, majlis perkahwinan Mohd. Rizuwan Mohamad, 30, dan pasangannya, Nurfarahasmat Ismail, 25, semalam, turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut meriah apabila pasangan tersebut mengenakan dua pasang persalinan masing-masing berwarna…









