SHAH ALAM 10 Ogos – Memalukan!. Itulah yang boleh dikatakan tentang perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 (B-23) Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam yang terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini akibat pergaduhan. Semuanya kelihatan sempurna buat pasukan negara apabila mendahului 2-0 menerusi Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Akhyar Rashid pada minit ke-64, sebelum pemain UAE memulakan provokasi dengan melakukan asakan keras terhadap pemain negara.…










