[VIDEO] Seorang suspek ditahan kes bakar bengkel motosikal - Utusan Malaysia

[VIDEO] Seorang suspek ditahan kes bakar bengkel motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Polis menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan kes kebakaran sebuah motosikal di Sentul, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang juga merupakan pembekal aksesori motosikal di bengkel berkenaan.

“Suspek pada awalnya berada di dalam bengkel kemudian bertindak keluar dan masuk kembali dengan membawa petrol.

“Pemilik kedai, seorang wanita berusia 51 tahun juga telah disimbah petrol sebelum suspek bertindak membakar kedai hingga menyebabkan mangsa maut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah di Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini hari ini.

Jelasnya, suspek bersama dua lagi pekerja bengkel berkenaan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke HKL untuk rawatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN