KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) berkuatkuasa serta-merta. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu diputuskan minggu lalu dengan program baharu akan menggantikan PLKN dan BTN bertujuan membentuk belia masa hadapan yang berwawasan dan tinggi nilai jati diri. Menurut beliau, kakitangan tetap dan kontrak yang berkhidmat di bawah PLKN…










