KLANG 24 Ogos – Plaza Tol Bukit Raja rosak apabila sebahagian besar bumbung, palang dan papan tanda diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam ini. Ekoran kejadian ribut itu, plaza tol tersebut ditutup kepada semua kenderaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi memberitahu, ribut menerbangkan bumbung, pondok tol, palang dan papan tanda di plaza tol berkenaan tetapi tiada kecederaan dilaporkan. “Kejadian tersebut menyebabkan…










