[VIDEO] Pekerja syarikat penerbangan direman - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pekerja syarikat penerbangan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Ogos – Seorang pekerja syarikat penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) direman selama empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Abu Hassan selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki berumur 23 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah reman pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan digari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek ditahan semalam di KLIA2 kerana disyaki bersubahat dengan seorang lagi polis bantuan yang telah direman sejak kelmarin kerana menerima suapan sebanyak RM1,300 daripada seorang lelaki warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat untuk menaiki penerbangan ke Bandung, Indonesia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×