[VIDEO] Lorong busuk dan jijik angkara warga asing - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lorong busuk dan jijik angkara warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Lorong belakang lot kedai di Jalan Semilang di sini tidak ubah seperti tempat pembuang sampah yang menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang menyewa di kawasan itu.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, masalah berpunca daripada tindakan warga asing yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah dari unit yang didiami mereka di tingkat atas.


“Hampir setiap hari pekerja Alam Flora membersihkan kawasan itu termasuk sampah-sampah yang tersangkut pada tingkap dan bumbung bangunan.


“Antara kawasan di sekitar ibu kota yang mengalami masalah ini adalah di Lorong Landak, Lorong Baba, Lorong Kancil dan Jalan Kundur. yang banyak didiami warga Rohingya, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program sesi turun padang ‘Hentikan sampah terbang’ hari ini.

Program yang mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut mengedarkan risalah ‘hentikan sampah terbang’ dalam pelbagai bahasa bagi memberi kesedaran kepada mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN