[VIDEO] Jamal kecewa dokumen tidak lengkap namun dituduh - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jamal kecewa dokumen tidak lengkap namun dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos meluahkan rasa kecewa kerana dokumen dan kertas siasatan gagal disiapkan sehingga menyebabkan kes perbicaraannya ditangguh.

“Baru-baru ini saya tidak dibenarkan dijamin sehingga menyebabkan saya meringkuk dalam penjara selama 27 hari sedangkan kertas siasatan belum disiapkan.

“Saya rasa seolah-olah dihukum sedangkan perbicaraan belum dimulakan dan hal ini menyebabkan saya yang merupakan seorang pemimpin dipandang negatif oleh masyarakat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu diberitahu oleh Jamal kepada Majistret Haslinda A. Raof hari ini selepas sebutan semula bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×