PUTRAJAYA 29 Ogos – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang ditahan berhubung salah guna wang peruntukan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa wanita berusia 61 tahun itu bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut. Suspek tiba pada pukul 9.08 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM. Semalam dia…










