KUCHING 2 Ogos – Mahkamah Majistret di sini hari ini, membenarkan seorang pegawai kanan dan seorang pegawai Biro Tatanegara (BTN) direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Majistret Mohd. Syukri Mokhtar memerintahkan suspek lelaki dan perempuan tersebut masing-masing berusia 37 dan 36 tahun ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Kedua-dua suspek ditahan SPRM disyaki mempunyai kaitan dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000…










