[VIDEO] Di mana Anwar bertanding? - Utusan Malaysia

[VIDEO] Di mana Anwar bertanding?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh Presiden PKR yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi tanda tanya berikutan pendirian isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang mahu kekal menyandang kerusi masing-masing.


Video oleh NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK

Wan Azizah yang juga bekas Presiden PKR mengesahkan bahawa beliau tidak akan melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai Timbalan Perdana Mente­ri dan Ahli Parlimen Pandan bagi memberi laluan kepada Anwar.

“Memang tidak (letak jawatan). Insya-Allah,” katanya kepa­da pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah diminta mengulas sama ada akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti bagi memberi laluan kepada Anwar.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri akan ber­tanding dalam pilihan raya kecil dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Spekulasi itu timbul selepas Anwar menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR bagi menggantikan Wan Azizah.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menegaskan untuk me­nge­kalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sehingga penggal ini berakhir.

“Saya komited untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana mempunyai bebe­ra­pa projek seperti pelancaran pa­meran rumah reka batik yang sedang dilaksanakan.

“Jadi, saya akan kekal kepada cinta abadi saya iaitu Permatang Pauh sehingga tamat penggal saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN