IPOH 7 Ogos – Kemunculan seekor anak gajah jantan berusia dua tahun yang berkeliaran di Pekan Lintang sehingga hampir memasuki Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Sungai Siput Utara, dekat sini hari ini menggemparkan penduduk setempat. Kehadiran anak gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Piah dan terpisah daripada ibunya itu disedari orang ramai pada pukul 8 pagi setelah dilihat berkeliaran tanpa tujuan. Seorang penduduk, Fadzil Pahim, 51, berkata, kehadiran gajah itu…