[VIDEO] 8 dapur sediakan menu Malaysia untuk jemaah - Utusan Malaysia

[VIDEO] 8 dapur sediakan menu Malaysia untuk jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 2 Ogos – Tabung Haji menyediakan lapan dapur berpusat untuk menyajikan menu bercitarasa Malaysia kepada jemaah di kese mua 12 maktab sepanjang musim haji 1439 Hijrah.

AKMAL ABDUL RAHIM
AKMAL ABDUL RAHIM

 

Pengurus Perkhidmatan Luar, Akmal Abdul Rahim berkata, barangan mentah seperti rempah dibawa dari tanah air untuk penyediaan makan tengah hari dan malam kepada jemaah.

Menurut beliau lapan dapur berkenaan terletak 20 kilometer dari Mekah dan makanan yang diagihkan kepada jemaah siap dibungkus.

“Kita tidak dibenarkan memasak di maktab-maktab, jadi makanan yang siap dibungkus akan dihantar dengan van ke maktab-maktab.

“Bekalan teh, gula dan pemanas air juga disediakan untuk para jemaah,” katanya di sini.

Menurutnya, di maktab-maktab juga disediakan kafeteria yang menjual makanan bertaraf hotel jika jemaah mahu bertukar selera.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa memantau kebersihan dapur dan kafeteria serta penyajian makanan agar mematuhi piawaian antarabangsa.

“Kita akan pastikan tukang masak pakai tutup kepala dan mengambil vaksin yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, kafeteria berkenaan akan dibuka setiap masa bergantung kepada keperluan jemaah kerana mereka akan ke Masjidilharam tidak mengira waktu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN