TENGAH malam itu Noreen Azliza Norzlan, 33, tersedar daripada lena apabila dikejutkan anaknya yang mengadu tubuhnya berasa sejuk. Ironinya, apabila disentuh, badan kanak-kanak berusia 11 tahun itu begitu panas dengan suhu mencecah 39 darjah Celsius. Dia juga berada dalam keadaan sedikit menggigil. Bimbang dengan situasi tersebut, Noreen segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor. Apabila diperiksa doktor, anak sulung daripada tiga beradik itu terus dirujuk ke…










