Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada komuniti yang menyumbang kepada keamanan dan ketenangan yang dinikmati negara sehingga kini. Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, rakyat Malaysia seharusnya mengenang dan menghargai jasa penduduk minoriti peribumi itu yang turut mempertahankan negara terutama pada zaman pemberontakan komunis dari tahun 1948 hingga 1960. Senoi Praaq misalnya, merupakan sebuah pasukan keselamatan khas yang dianggotai suku kaum Orang Asli. Ditubuhkan pada tahun 1956 oleh…










