ALOR SETAR 13 Ogos – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini bertitah bahawa kewujudan institusi diraja, pengiktirafan Melayu, Islam sebagai agama rasmi, dan kedudukan istimewa orang Melayu usahlah diusik agar keamanan, keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara. Semua pihak, titah baginda, perlu merujuk Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menekankan tentang kebalnya unsur-unsur tradisi ini. “Biarlah kita “bagai bahu memikul, hati menyokong”. Jangan berlagak semacam “orang yang kenyang, kalau…










