KUALA LUMPUR 30 Ogos – Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta teknologi penyerap getaran struktur bagi membantu mengelak risiko kemalangan gempa bumi. Penyelidiknya, Profesor Madya Ir. Dr. Farzad Hejazi berkata, teknologi itu dihasilkan bagi membantu membina struktur bangunan yang lebih selamat dan dapat menyelamatkan nyawa pada sesuatu keadaan seperti gempa bumi. “Teknologi ini boleh digunakan di pelbagai jenis bangunan serta mampu berfungsi dalam lingkungan keamatan…










