KUALA LUMPUR 19 Ogos –UMNO perlu mencari ‘rakan kongsi’ lain yang mampu membela kepentingan kaum selain Melayu untuk mengukuhkan lagi perkongsian Barisan Nasional (BN). AZMI HASSAN Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana rakan kongsi sedia ada seperti MCA, MIC sudah kurang efektif selain rakan kongsi di Sabah dan Sarawak pula sudah tiada kewujudannya. “Paling ketara, asas perjuangan UMNO adalah membela nasib bangsa Melayu dan pertahankan agama…










