UMNO diminta rehatkan Najib - Utusan Malaysia

UMNO diminta rehatkan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani secara terbuka semalam meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak direhat­kan daripada turun berkempen dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK).

Johari dalam satu kenyataan semalam berkata, pendekatan itu sangat signifikan ekoran Najib masih dibelenggu persepsi rasuah dan pecah ama­nah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ujar beliau, soal persepsi pengundi terhadap pemimpin boleh menentukan kalah menang seseorang calon biarpun bekas Perdana Menteri itu tidak lagi memegang jawatan di dalam UMNO mahupun kerajaan.

“Barangkali akan ada yang mengatakan mengapa Datuk Seri Najib perlu direhatkan sedangkan Lim Guan Eng yang sedang didakwa di mahkamah pun tidak ambil peduli (bantu kempen).

“Pendirian saya, kita tidak perlu mencontohi DAP. UMNO mempunyai penanda arasnya yang tersendiri dan kita perlu menjadikan ini sebagai suatu titik mula,” katanya sambil menambah keputusan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Su­ngai Kandis baru-baru ini lebih teruk meskipun Najib datang membantu jentera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN