CUKUP menarik kisah yang dilaporkan dalam media massa tentang jutawan negara China, Zhong Congrong yang memiliki sikap dan tingkah laku sentiasa mengutip sampah di sepanjang jalan yang dilaluinya. Hanya dengan menggunakan penyepit aluminium, jutawan China ini menjadikan kerja mengutip sampah sebagai rutin hariannya. Mengambil inspirasi daripada seorang pesara pensyarah yang mengutip sampah di sebuah pantai selama empat tahun telah mengubah mentaliti jutawan ini untuk membuat kebaikan sebagaimana tergambar melalui sikap…










