KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sebaik melahirkan anak sulungnya pada 31 Mac tahun lalu, pelakon jelita, Tya Arifin, 24, mengakui pernah berkelahi dengan suaminya, Asyraf Khalid mengenai rutin pengambilan jamu selepas bersalin. Menurut bintang kelahiran Palembang, Indonesia itu, sedari usia enam tahun, ibunya, Komariah Mahmud telah membiasakan dirinya dan adik-beradik lain dengan pengamalan minuman jamu yang diwarisi turun-temurun. “Apatah lagi selepas tamat tempoh berpantang, ibu menekankan mengenai khasiat jamu yang…