Twit 'cari jodoh' buat Olen pening - Utusan Malaysia

Twit ‘cari jodoh’ buat Olen pening

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Gadis kelahiran Keningau, Sabah yang menjadi popular selepas muat naik Twitter ‘cari jodoh’nya menjadi tular menyatakan dia ‘pening’ apabila perkongsiannyanya itu dianggap serius oleh netizan dan menjadi tular di laman-laman sosial.

Gadis berusia 30 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Olen berkenaan menjelaskan, perkongsian tersebut dibuat suka-suka untuk berjenaka dengan rakan-rakan yang mengenali dirinya dan sama sesekali tidak menyangka kata-katanya itu menjadi tular.

Olen, ketika dihubungi melalui pesanan langsung aplikasi Instagram hari ini memberitahu dia bukan mahu mencari populariti dan meminta jasa baik netizen untuk tidak membuat tanggapan serong terhadap dirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya malas mahu viral-viral ini, tidak mahu benda ini jadi lagi besar.

“Saya pening,” katanya kepada Utusan Online.

Perkongsian Twitter yang dimuat naikkan Olen semalam itu menjadi tular hampir serta merta.

Pelbagai respons, terutamanya kata-kata manis untuk memikat Olen telah diberikan netizen terhadap perkongsian yang berbunyi, “Hai. Umur saya dah 27. Saya nak kahwin tapi saya tak jumpa jodoh lagi ni Macam-macam apps dah install tapi tak jumpa jugak. Harap-harap lepas ini jumpa lah. Thanks”.

Bagaimanapun, menurut Olen, perkongsian itu telah dipadamkan bagi mengelakkan timbul lebih banyak salah faham. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×