Tutup KSCIP bakal jejas hubungan Malaysia-Arab Saudi - Utusan Malaysia

Tutup KSCIP bakal jejas hubungan Malaysia-Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos- Kerajaan Pakatan Harapan digesa menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud bagi memastikan penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) secara serta-merta tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa perbincangan dua hala dengan pihak kerajaan Arab Saudi dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi yang sudah lama terjalin.

Katanya, penubuhan KSCIP merupakan pengiktirafan khas Raja Salman kepada Malaysia yang dikagumi baginda sebagai negara yang mengamalkan model Islam berteraskan prinsip Wasatiyyah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arab Saudi juga bersetuju untuk membiayai sepenuhnya segala kos operasi KSCIP termasuk pembinaan bangunannya dengan matlamat agar Malaysia dapat mempromosikan wajah sebenar Islam kepada dunia terutamanya dalam menangani isu-isu keganasan dan terorisme global.

“Justeru, saya berharap pihak kerajaan dapat mengambil pendekatan yang lebih berdiplomasi dan berhikmah dengan menghantar delegasi mengadap Raja Arab Saudi bagi menzahirkan hasrat kerajaan, ini sekali gus memastikan hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi terpelihara dan rakyat dapat terus menikmati natijah positif daripada hubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mengumumkan bahawa kerajaan akan menghentikan operasi KSCIP dan pusat itu ditutup dengan serta-merta.

Fungsi KSCIP akan diserap ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) di bawah Kementerian Pertahanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×