KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan kerajaan Indonesia dalam membantu menyerahkan kapal layar mewah Equanimity yang dirampas kepada pihak berkuasa Malaysia. Mahathir dalam satu klip video yang dirakam di Fukuoka, Jepun dan dimuat naik ke laman YouTube semalam berkata, kerjasama erat itu telah membantu kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. “Saya betul-betul berterima kasih kepada…










