JAKARTA, Indonesia – Kejutan memecahkan rekod Sukan Asia gagal diteruskan oleh skuad berbasikal trek negara dalam acara pecut berpasukan lelaki apabila mereka terpaksa berpuas hati meraih pingat perak selepas tewas kepada China dalam aksi final di Velodrom Antarabangsa Jakarta semalam. Skuad pecut berpasukan negara berjaya memecahkan rekod Sukan Asia dengan mencatat masa 43.934 saat (s) pada aksi kelayakan tetapi hanya mampu mencetak masa 44.598s pada saingan final yang menyaksikan China…










