TNB tawar insentif khas - Utusan Malaysia

TNB tawar insentif khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pengguna perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61.

Menurut TNB, insentif yang diperkenalkan sejak 2000 itu diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurang­nya setahun.

Katanya, pemberian insentif berkenaan adalah untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2018.

“Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah pe­ningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari Mei, Jun dan Julai 2018.

“Ia melibatkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks beli-belah, hotel serta stesen minyak,” kata syarikat utiliti nasional itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Para pengguna yang la­yak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Kedai Tenaga berhampiran atau melalui myTNB Self Service Portal, www.mytnb.com.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN