KUALA LUMPUR 8 Ogos – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pengguna perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61. Menurut TNB, insentif yang diperkenalkan sejak 2000 itu diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun. Katanya, pemberian insentif berkenaan adalah untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2018. “Kadar insentif…










